TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, August 28, 2011

Seluar kecik pun tiada saiz S rupanya

Satu yang memeningkan kepala bila nak bershopping ialah mencari baju budak bulat yang dipanggil Along ni. Dengan berat badan > 50 kg padahal umur baru 8 tahun memang tak keruan di buatnya. Geram jer tengok baju kanak-kanak yang comel bergaya tapi bila disarung ke badan Along.. alahai.. macam "balut buah nangka" jadinya.

Cuba mencari alternatif lain. Tiada kat bahagian kanak-kanak.. bahagian orang dewasa pula dituju. Memang rasa macam tak best jer bila anak dipakai baju corak orang dewasa. Nampak matang dari usia pula. Tapi.. nak buat camna.. bedal jer lah.

Baru saya perasan.. rupa-rupanya.. baju orang lelaki dewasa tiada saiz S! Ke saya yang tak jumpa? Dah berapa kali shopping ni.. memang pasti tiada saiz S. Paling kecil.. saiz M. Nak pakai M dah terover pula jadinya. 

Nak cari seluar kecik pun susah. Saiz kanak-kanak jangan mimpilah. Seluar kecik pun tiada saiz S? Jenuh along.. ibu kena jahit seluar kecik Along lah jawabnya.

Bab seluar jangan ceritalah. Saiz 34 tu. Kaki panjang berjela. Satu hal pula nak kena potong dan jahit lain. Kedai jahit dah tak nak terima dah.

Zaman sekarang ramai kanak-kanak yang obesiti. Kenapa tak keluarkan saiz XXL untuk kanak-kanak yer? Kesian kat kanak-kanak obesiti ni. Apalah yang diaorang tahu tentang makna obesiti tu. Tak mustahil ramai yang suka jadi anak obesiti kerana ramai orang yang geram dan kata mereka comel. 

Natijah bila dewasa? Tak terjangkau dek akal fikiran mereka.