Dalam mengomel kos hidup dah semakin tinggi.. sedar tak sedar.. keupayaan diri untuk menunai hajat di hati semakin meningkat. Tersentak sendiri.. asyik merungut jer kata itu mahal ini mahal hingga lupa rezeki yang diterima masih ada lebihannya.
Terkenang zaman awal perkahwinan dulu. Bila nak dekat hujung bulan.. selalu jer "nyawa-nyawa ikan". Kadang-kadang.. memang takda satu sen pun dalam beg duit. Padahal hidup dua orang jer. Kelengkapan pun ala kadar. Yang asas-asas sahaja.
Bila anak seorang... nak beli baju berjenama untuk anak pun tak mampu. Nak beli rompers untuk anak pun fikir dua tiga kali. Rompers ni.. baju jer macam baju mekanik tapi harga kalah baju yang sepasang. Belilah baju rompers yang jual kat kedai-kedai biasa. Waktu tu.. dah sehabis cantik dan sehabis bangga dapat pakaikan anak baju macam tu.
Baju rompers pertama yang dibeli buat Along dan dipakai ketika Majlis Cukur Jambul. Buat majlis pun atas ihsan orang lain.
Sekarang? Alhamdulillah. Dah dapat sarungkan baju rompers yang dihajati 8 tahun lalu pada tubuh anak. Rasa terharu seorang diri. Agaknya.. itu yang dinamakan rezeki anak-anak. Walaupun bilangan keluarga dah bertambah.. kita masih berupaya untuk menzahirkan keperluan dan kehendak tanpa banyak soal.
Sesuatu yang saya belajar.. kalau kita kata tak mampu.. kita akan terus berada dalam takuk tersebut. Ada perkara kita perlu pejam mata dan abaikan segala kemungkinan. Redah jer. Dalam sakit.. dalam perit.. insyaallah.. kita akan perolehi hasil yang kadangkala di luar jangkaan kita.
Kalau takut ambil risiko.. jangan menyesal dengan kehidupan yang tak berubah.