Bab ni saya memang tak tahan sabar. Nak tegur salah... tak tegur pun salah. Kalau time nak dekat raya.. inilah isu yang selalu menyakitkan hati.
Yang paling tak faham.. kenapa nak main depan rumah orang? Kenapa nak 'tala' kat rumah orang. Kenapa tak baling depan rumah sendiri. Letuplah depan pintu rumah sendiri. Takde hal pun.
Nak taknak kena bisinglah juga. Main depan rumah orang.. kalau apa-apa jadi dah sedia ke nak tanggung? Dah banyak duit ke nak bayar ganti rugi? Malam.. malam.. orang nak tidur. Kena-kena pula yang ada anak kecil. Tu belum kira kesan yang ditinggalkan campur sampah sarap lagi. Penat-penat je cikgu ajar nilai bertinbang rasa kat sekolah. Satu pun tak melekat di jiwa.
Mahu tak bising bila pernah jadi mangsa. Sampai sekarang melekat dalam kotak fikiran ni. Pintu rumah berlubang gara-gara main mercun 'tala' rumah orang. Bukan reti nak ganti pun. Buat dek je.
Tah bilalah mentaliti sebegini nak berubah? Sana sini kes yang boleh dijadikan pengajaran tapi masih ada segelintir masyarakat tak ambil endah.