Salahkah nak pegang-pegang?
Pegang tangan jer. Nak peluk-peluk pun tak salah rasanya. Bukan luak pun..
Walaupun berlainan jantina.. kalau dia nak pegang.. pegang jerlah. Tengah mahu.. nanti kalau tak mahu.. rindu pula nak pegang-pegang.
Waktu mentah ni lah dia nak bermanja-manja. Waktu ibu adalah segalanya bagi dia.
Dah besar pun nak jalan sambil pegang tangan ibu? Tak salah kan..kan..kan?
Ada orang tegur bila Along jalan sambil pegang tangan saya. Dan itulah jawapan saya. Agak-agaknya.. bila remaja nanti.. nak tak dia selamba jalan di khalayak orang ramai sambil pegang tangan saya tak lepas-lepas?
Zaman ini akan berlalu dan tidak mungkin akan kekal selamanya. Rasailah sebelum zaman ini takkan berputar kembali.