TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, August 2, 2011

Gangguan Seksual

Bila tanya murid gangguan seksual tu apa? Jawapannya...

Gangguan setan..

Sabar je lah. Setan hanya mengapikankan nafsu. Nafsu yang punya angkara hingga berlaku gangguan seksual.

Di sekolah rendah.. cikgu perempuan boleh pegang murid lelaki tapi cikgu laki tak boleh pegang murid perempuan.

Menjelaskan gangguan seksual pada murid sekolah rendah. Sentuhan daripada murid berlainan jantina... apalagi melibatkan bahagian yang sensitif.

Kecoh bila hal sebegini berlaku di sekolah. Ada kes yang dilaporkan dan banyak juga kes yang dibiarkan sahaja.

Merelakan juga? Sukalah tuuu...

Masakan tidak. Siap ada kes selak kain lagi. Kes meraba bahagian dada pun ada. Kalau kes tarik tudung.. jangan dikira. Orang yang sama.. dari tahun 2 hingga tahun 5. Nak jadi orang gila seks agaknya.. 

"Dia pukul punggung saya", seorang murid perempuan mengadu.

Pelakunya seorang murid lelaki yang agak lurus orangnya. Jarang menimbulkan masalah dan bukan murid nakal. Tak dapat memberikan jawapan kenapa dia bertindak demikian bila ditanya.

"Kamu geram ke?", soal saya.

Mengangguk. Lurus selurus lurusnya. Geram dalam ertikata dia berdendam dengan murid perempuan tersebut. Tindakan memukul punggung murid perempuan tersebut hanya satu tindakan membalas dendam. Pulang paku buah keras.

Yang faham mengekek-gekek. Cuba untuk tahan hati yang digeletek.  Murid perempuan tadi dah mula berair matanya.

Jangan pukul murid perempuan. Saya memang tak suka murid lelaki pukul murid perempuan. Tak gentleman langsung. Nak tunjuk macho tak kena tempat. Dah besar nanti ada potensi jadi suami yang suka naik tangan.

Amaran pertama dan terakhir. Kalau berlarutan.. kes dibawa ke guru disiplin.

Cerita berbeza.. dua dalam satu.