TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, August 2, 2011

Biarlah terjerit-jerit daripada hilang

Tak lama lagi.. sibuklah kita nak bershopping. Walaupun puasa baru sehari tapi semangat nak beraya dah mula terasa. Beli baju baru untuk menyambut kedatangan Syawal adalah sunat. Apa salahnya ambil sunat yang ada. Cuma.. janganlah berlebih-lebihan.. apalagi menunjuk-nunjuk.

Bila bercerita bab shopping baju raya.. paling tidak.. anak-anak mesti dibawa bersama. Merekalah yang lebih teruja. Mengembirakan hati mereka lebih dari segalanya. Tapi.. jangan hendaknya kegembiraan bertukar duka bila anak hilang ketika bershopping.

Jujurnya.. panglima saya yang ada ni memang tak reti duduk diam bila di pusat membeli belah. Menyelit sana.. menyorok sini. Satu perkara yang saya buat bila anak tak terlihat dek mata ialah.. 

MENJERIT!

Bukan jerit minta tolong. Jerit jer nama mereka. Biarlah beribu mata memandang asalkan mereka saya temui. Nak kepung memang surrender. Saya juga suruh mereka buat perkara yang sama jika tak nampak ibu. Paling tidak.. saya suruh mereka pergi kat kakak cashier. Jangan tegur orang lain.

Setakat ini... cara ini memang berkesan. 

Anda pula... bagaimana?

Shopping-shopping juga.. anak-anak jangan lupa.