Kalau dibandingkan dengan stesen-stesen penyiaran yang lain, stesen yang satu ni memang 'advance'.
Dari perkembangan teknologinya, seiring dengan perkembangan semasa malah kadangkala mendahului serta idea yang lain daripada yang lain...
sememangnya harus diberi pujian walaupun kadangkala tak kalah dalam mengundang kontroversi makan diri sendiri..
Teringat masa zaman kerajaan memperkenalkan penggunaan bahasa baku... stesen inilah di antara stesen yang mendokong hasrat kerajaan.
Bila pembaca 'Berita Utama' menggunakan perkataan 'KANTOI' ketika penyiaran formal secara langsung... ehhh???
Sememangnya perkataan 'KANTOI' sudah wujud dalam kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka atau saya yang tidak mengikuti perkembangan semasa?
Mungkin juga tiada istilah yang tepat untuk diguna pakai sehingga terdesak untuk 'KANTOI' di situ?
Jangan lepas ini istilah seperti 'POYO', 'HAMPEH' di'TARAM' sahaja. Mahu ter'KUJAT' di situ.
GILER SIOT~
Bahasa budak remaja yang rosakkan martabat bahasa atau kita yang rosakkan bakal generasi kita?
Jangan kata cikgu yang tak buat kerja didik anak bangsa berbahasa.