TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, June 10, 2011

Aiskrim 'Tahi Telinga'

Dari kecil sampai besar suka makan aiskrim. Macam terapi minda. Boleh hilangkan tension walaupun seketika. Kalau masa zaman anak kecil dulu.. pantang je dengar bunyi 'kring-kring'.. mulalah melompat-lompat kalah 'kera kena belacan'.


"Hah.. beli le aiskrim tuuu.. penjual tu dah campur dengan 'tahi telinga!"

Ayat seorang ibu yang nak matikan selera anaknya yang dah tak kira apa asal dapat aiskrim yang dikehendaki.

Berjaya? Mak memang berjaya. Memang terbantut selera saya bila mak cakap macam tu. Anak yang mendengar kata dan percaya cakap maknya lah katakan...

"Hah.. beli le aiskrim tuuu.. penjual tu dah campur dengan 'tahi telinga!"

Saya mengulangi perbuatan mak buat anak yang terlompat-lompat nak kan aiskrim bila dengar lagu 'Mat Kool'.

"Tak baik tau ibu cakap makanan macam tuuu.. BERDOSA!"

Bab tu pandai pula DOSA dan pahalanya...

Anak sekarang.. bukan setakat mati kutu.. Gajah pun tumbang~