TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, April 5, 2011

Susulan kes

Merujuk kepada entri INI, saya telah dihubungi oleh mangsa untuk menuntut gantirugi selepas seminggu kemalangan berlaku. Yang menjadi masalahnya sekarang ialah...

- Mangsa menuntut kos rawatan yang bernilai RM100 dengan menyerahkan resit klinik yang bertarikh 5 hari selepas kejadian. Rasa tidak puashati timbul kerana saya telah berpuluh-puluh kali mengajak mangsa ke klinik tapi dia enggan. Katanya lukanya boleh disapu ubat sahaja. Tup.. tup.. mangsa tuntut kos rawatan pula..

- Kos membaiki pulih motor hampir mencecah RM300. Macam-macam bahagian motor yang direpair sedangkan pada hari kejadian, motornya takdalah seteruk mana. Selain kos baikpulih.. mangsa turut menuntut kos upah mekanik sedangkan setahu saya kos upah mekanik sudahpun dikira sekali dalam perkhidmtan yang diberi. Dalam anggapan saya.. mengsa cuba menuntut jumlah yang berganda. Resit bengkel pula hanyalah resit biasa tanpa cop.

- Setelah siasatan dijalankan.. kemalangan bukan berpunca dari pihak saya sahaja. Mangsa juga turut melakukan kesalahan bila sebenarnya dia telah membelok dan makan jalan saya. Kereta saya tidak mengalami apa-apa kerosakan.

Bukan bersikap untuk lepas tangan tapi saya benar-benar terkilan dengan mangsa. Terasa mangsa tidak jujur dan cuba meneguk di air keruh. Telah saya katakan saya bersedia menanggung kos kerosakan sekiranya dimaklumkan tapi mangsa terus membawa motornya ke bengkel tanpa pengetahuan saya.

Kenapa mangsa menuntut selepas seminggu dari tarikh kejadian? Saya dalam keadaan serba salah sekarang. Bila kita meletakkan simpati tapi orang cuba mengambil kesempatan.. nak saja buat kering hati.

Saya cuma nak perkara ni diselesaikan secara baik. Ada sesiapa yang boleh beri cadangan untuk saya menyelesaikan masalah ini?