Kepala dok berdenyut-denyut tak sudah-sudah. Semangat yang hilang. Tak tahu bila nak pulih..
Macamanalah boleh tak perasan ada orang nak masuk simpang. Memang blurrr. Nampak hitam jer semua. Tahu-tahu dah kedeboommm dan nampak ada orang tergolek atas jalan.
Ya Allah! Rasa nak pergi peluk jer orang tu. Memang tak sengaja sangat-sangat. Perlanggaran berlaku dekat simpang. Masa nak keluar simpang dah berhenti tengok kiri kanan. Tah mana-mana jer tetiba muncul motosikal tuu. Sekelip mata jer semua dah terjadi..
Alhamdulillah tak cedera parah tapi ada kecederaan pada lengan Encik tu. Mulut tak berhenti-henti minta maaf. Airmata jangan cakaplah. Tahu bagaimana sakitnya dilanggar dan tahu ianya akan lebih sakit jika orang yang langgar buat tak tahu.
Setakat ni Encik tu tak panjangkan kes. Saya bersedia untuk tanggung kos kerosakan motornya jika ada.. Dia taknak ke klinik.
Sebenarnya ini hari pertama saya memandu ke sekolah semula. Dua hari sebelum.. suami yang hantar. Rasa bersalah sangat-sangat kat Encik tu. Harapnya dia tak apa-apa.
Malang tu memang tak berbau..