TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, April 20, 2011

Semakin kabur

Apa yang tak kena agaknya? Bila pandangan tidak jelas seperti selalu.. rasa tak puas melihat. Adakah kenikmatan yang dipinjam telah ditarik sedikit demi sedikit?

Pandangan saya mulai kabur. Tak dapat ditafsirkan.. rabun jauh atau rabun dekat. Adakah kerana faktor usia atau penangan mengadap laptop tak mengira masa?

Masih sukar menerima hakikat terhadap apa yang sedang dialami. Perlukah saya membuat pemeriksaan mata atau membeli produk yang dikatakan mampu mengatasi masalah yang berkaitan dengan mata?

Risau juga kalau ianya berkaitan dengan katarak. Maklumlahh.. sebagai pengidap diabetes.. risiko untuk itu adalah tidak mustahil.

Tak suka pakai cermin mata.