Bila berlaku sesuatu perkara.. apalagi bila ia mendatangkan kesan yang memudaratkan terutama pada mangsanya... kita lupa pada sesuatu yang lebih utama.
Seseorang anak yanag dipukul kerana merosakkan handphone kesayangan bukan kerana handphone itu sebenarnya.
Sikapnya.
Sikapnya yang tak mahu mendengar kata menjadikan nafsu amarah mula menguasai diri bila yang ditakuti terjadi.
Saya selalu mengingatkan anak murid saya supaya tidak membangkitkan amarah saya. Tolong jangan jadi penyebabnya kerana akibat yang ditanggung bukan lagi terletak pada mangsa tetapi kepada pelaku yang seterusnya.
Mendengar balasan jawapan seperti "Tak sakit pun" kadangkala boleh membuatkan jiwa semakin bergelojak. Bukan kerana jawapan yang diberi tapi dek kerana sikap kurang sopan dan tidak memahami kenapa denda diberikan.
Denda itu untuk mendidik.. bukan menyakitkan apalagi mencederakan. Kalau nak sakit.. lebih baik kena hempuk sahaja dengan kerusi (maaf.. ayat sedikit kasar).
Memang ramai antara kita lupa pada penyebab lalu memaki hamun si pelaku yang bertindak tidak wajar pada pandangan mereka. Yang perlu kita sama-sama faham.. tanpa penyebab maka takkan wujud tindakan yang di luar batasan.
Yang lebih penting adalah cara menangani si penyebab. Emosi adalah sesuatu yang perlu dicampak jauh dan genggamlah akal ketika berdepan dengannya.