TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, March 5, 2011

SINI ADA HANTU - Patutkah diklasifikasikan untuk tontonan umum?

Berkali-kali saya cuba memastikan.. betul ke genre (U)? Sebagai ibu.. saya rasa ada adegan yang tidak patut ditonton oleh kanak-kanak. 

Hantu pisang - Walaupun hanya bagi hint-hint sahaja (adegan berasmara) tapi ia tetap membuatkan anak-anak tertanya. Lelaki dengan perempuan tu buat apa? 

Nak bagi jawapan tipu? Kalau mereka puashati dengan jawapan.. kalau tidak? 

Muka pelakon yang mati di episod ni.. agak mengerikan juga.

Hantu nombor ekor - Lagi banyak adegan yang tak patut dilihat oleh mereka. Adegan anjing dibunuh untuk dapatkan darahnya (gila kejam).  Adegan rakan yang membunuh rakannya. Adegan darah dimasukkan dalam buluh dan juga adegan pelakon mati dibunuh samseng di akhir cerita. Nampak banyak kekejaman yang berlaku di episod yang ini.

Hantu asrama - Watak samseng yang ditonjolkan oleh pelajar sekolah juga tidak wajar ditonton oleh anak-anak.

Yang lain tu.. boleh diterima juga. Agak seram juga filem ini atau saya yang penakut? Komedinya tak berapa banyak tetapi tetap mengelikan hati.

Menonton filem ini telah meletakkan saya dalam dilema. Mengajar saya supaya tidak mengambil jalan mudah memuaskan hati anak-anak. Rasa bersalah kerana mendedahkan kepada mereka filem seperti ini.

Saya sangkakan ianya seperti Ngangkung, Zombie Kampung Pisang atau Hantu Kak Limah balik Rumah. Ternyata apa yang saya perolehi daripada sumber-sumber yang kini diragui kesahihannya. Rata-rata mengatakan ini filem seram komedi. Macamanalah mereka memberi pengelasan?

Kalau setakat nak tengok suami isteri sambil bersantai.. silakan.. tetapi bukan bersama anak-anak kecil.