TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, March 5, 2011

Akak ada duit tak? - Sila baca dalam nada memaksa

Macam-macam manusia ni. Badan sihat otak cergas (cergaslah kan kalau ada jer idea nak dapatkan duit) tapi selalu digunakan ke arah jalan yang salah. Ada ke jalan yang salah? Yang salah ialah manusia yang memilih jalan tersebut...

Tetiba jer cermin kereta saya diketuk.

"Akak ada duit tak?"

"Ehhh.. ehhh.. selambanya dia.." <--- dalam hati. Bagi salam tak.. apa tak.. ketuk kereta orang bertalu-talu.. pastu tanya duit orang dalam nada yang agak tinggi. Ingat saya ni "berwang'?

"Nak duit buat apa?", tetap bertanya walaupun buat reaksi endah tak endah.

"Makan.. makan.. lapar niii!", ujarnya.

Start enjin kereta dan terus berlalu pergi. Nak makan senang jer minta duit orang.

Saya pun makan minta kat mak tau!<---ambil lauk kat kedai mak. 

Yang dia senang-senang minta duit orang nak makan kat kedai mamak.<-- dia tunjuk gerai mamak yang ada bertentangan dengan kereta.

Tubuh badan nampak sihat. Badan ala-ala berisi. Baju sikit punya ranggi walaupun sedikit lusuh. Carilah kerja. Bukan perut orang lain... perut sendiri. 

Bukan kedekut.. tapi kalau dimanjakan nanti bertambah-tambah lemaknya. Memang maklum yang rakyat Malaysia ni pemurah orangnya.

Teringat mak yang pernah belikan makanan untuk peminta sedekah yang lapar. Tapi.. orang tuu dah tua.. jalan pun terbongkok. Bila dapat makanan.. punyalah berselera dan nampak sangat macam dah berapa hari tak makan. Mak kata.. dia taknak bagi duit. Kalau lapar.. mak suruh makan dan mak bayarkan.

Yang ini? Nak ikut contoh mak pun saya fikir banyak kali. Jenis orang nak hidup 'senang' jer. Itu tanggapan yang dapat saya berikan.