TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, March 15, 2011

Senyum-senyum yer?!!!

Orang lelaki yang bernama suami sila ambil perhatian!

Isteri ni dalam endah tak endah.. mata meleret memerhati. 

Pertama kali.. tak kata apa. Kedua kali.. tengok jer. Ketiga kali.. perhati lagi. Keempat kali.. nak kena sound ni..

Kemain lagi Cik Abang senyum-senyum dengan jurutol. Dah lama perhati ni. Dengan perempuan jer.. dia senyum... dengan laki tak senyum pun. Kalau dengan perempuan.. siap terima kasih lagi.

Dah dia senyum.. abang senyum ler. Kalau senyum dengan laki kang orang ingat apa pula... arghhh jenuh!

Iya sangatlah tu..

Jujurnya tak jadi apa-apa masalah pun kalau dia nak senyum tu.. cuma saja-saja jer suka memerhati tengok gelagatnya.

Kalaulah saya senyum pada lelaki di luar sana.. mesti kena jeling awal-awal..

Anda pula bagaimana? Ada perhatikan sikap pandangan anda?