Dunia sekarang ni.. banyak benar perkara yang sebenarnya tak biasa.. tapi jadi biasa. Menjadi biasa dek kerana pandangan kita sehari hari menatap perkara yang sama berulang-ulang ataupun mendengar benda yang sama tak sudah-sudah.
Yang terbaliknya.. yang biasa jadi tak biasa pula.
Biasalah.. darah muda.. memang cepat baran. Naik angin.. naik tangan..
Natijahnya.. orang muda anggap ia perkara biasa.. jadi kalau mereka kurang ajar.. tak perlu kecoh-kecoh. Biasalahhh..
Biasalah.. orang bercinta.. setakat pegang tangan, ringan-ringan, cium-cium.. tak luak apa.
Natijahnya.. banyak betullah luaknya yang di buang merata-rata.
Biasalah.. masa bercinta berkepit tak lepas.. lepas kahwin lelaki di depan tinggal anak isteri tergodek-godek di belakang.
Natijah... suami isteri yang berkepit itu pula yang di cemuh. Macam tak ada bilik tidur kata orang..
Mentaliti yang harus diperbetulkan semula.
Kita dalam proses meninggalkan sesuatu yang tidak betul pada generasi yang akan datang..
Jom berkongsi perkara lain yang sepatutnya tak biasa tetapi menjadi.. alahhh.. biasalahhh