Memang sakit. Mana ada yang tak sakit. Paling-paling pun mesti ada sedikit. Yang buang anak merata-rata tu pun mesti ada rasa sakitnya. Cuma.. memikirkan aib yang ditanggung melebihi rasa sakit dan sayang pada anak menjadikan mereka mengambil keputusan yang tidak patut.
Alim ulama kata.. sakit bersalin tu penghapus dosa kecil. Biarlah kesakitan itu ditanggung jika diri kembali bersih seperti bayi yang dilahirkan.
Adik ipar saya merangkap bakal ibu susuan Muaazin telah mula merasa kontraksi awal proses bersalin. Ada di wad sekarang. Mula-mula.. dia tak mahu ke hospital kerana takut mendengar pengalaman diperiksa doktor berulang kali di bahagian pintu rahim. Takut dia membayangkan dirinya diperlakukan sebegitu rupa. Setakat ini.. pintu rahimnya baru terbuka 2 cm.
Sebenarnya ada cara untuk mengurangkan kesakitan bila doktor memeriksa laluan di pintu rahim. Bila proses dilakukan... tarik nafas dalam-dalam dan tahan. Insyaallah tidak terasa sangat kesakitannya.
Berdebar menunggu adik sendiri bersalin pun tak sedebar ini. Anak orang... mak abahnya di Johor pasti tak senang duduk sekarang. Yang merisaukan ialah tubuh badannya yang kecil dikhuatiri tidak dapat mengampu ketika bersalin nanti.
Tarikh jangkanya 2 minggu lagi tapi susah nak agak sebab anak sulung. Tak tahu lagi bagaimana rentaknya. Harap-harapnya semua selamat. Saya kata.. kalau baby girl bagi yong jaga. Senang-senang jer nak minta anak orang kan..