TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, March 10, 2011

Keturunan Ikan Tapah

Suami saya keturunan ikan tapah atau dikenali juga sebagai keturunan Pak Kaduk. Pernah dengar cerita sumpahan ikan tapah? 

Kalau ikut cerita sumpahan ikan tapah ni.. mana-mana keturunan Pak Kaduk tidak boleh makan ikan tapah. Tu sumpah Pak Kaduk kerana mengikut cerita Pak Kaduk menjumpai emas dalam perut ikan tapah. Emas itulah yang membantu Pak Kaduk membina hidupnya semula setelah kalah dalam pertandingan menyabung ayam. 

Menang sorak kampung tergadai".

Sebagai membalas jasa ikan tapah... Pak Kaduk telah bersumpah yang keturunannya tidak boleh makan ikan tapah. Kalau langgar sumpah (makan, terkena atau terbau ikan) maka kulit mereka akan menjadi gatal-gatal dan  melecur.

Setakat mana kebenarannya?

Wallahualam~

Namun.. memang ada yang tidak boleh makan ikan tapah. Bukan satu dua kes tapi banyak. Bila dikaji.. benar sekali yang mereka ini keturunan Pak Kaduk

Suami saya? Dia juga pernah mengalami dulu. Hanya terkena sedikit air ikan tapah.. tetiba kulitnya menjadi gatal-gatal. Tapi.. tidak pula terpaksa berubat dengan meminum air rendaman emas seperti dalam cerita yang didengar.

Kalau dalam suami saya mengalir darah keturunan Pak Kaduk.. tentunya anak-anak saya juga keturunan ikan tapah. Walaupun ramai yang kata ini cerita dongeng tapi bagi keturunan Pak Kaduk.. tiada siapa pun yang berani cuba makan ikan tapah bagi membuktikan yang ianya hanya sekadar cerita dongeng.

Kalau ikut saintifik... mungkin darah keturunan Pak Kaduk allergi dengan ikan tapah. Mungkin itu penyebab yang sebenar dan tiada kaiatan pun dengan sumpahan Pak Kaduk tuuu. Ianya sama seperti mereka yang allergi dengan makanan laut. Semuanya berkaitan dengan darah... bukan sumpahan..

Saya tak pernah lihat ikan tapahh. Inikah ikan tapah?
Sebesar inikah ikan tapah yang dijumpai oleh Pak Kaduk?
Anda boleh membaca cerita penuh keturunan ikan tapah di blog INI