Memang ada ingatan keras.. jangan tidur petang. Cukup 40 hari jadi amalan.. boleh jadi kurang siuman. Teringat pada satu cerita yang disampaikan oleh seorang ustazah...
Kerana tak percayakan kata ustazahnya yang melarang untuk tidur selepas waktu Asar, seorang murid cuba membuktikan apa yang ustazah katakan tidak benar sama sekali. Maka.. setiap hari.. murid tersebut akan tidur selepas waktu Asar dan menjadi tabiatnya hari-hari. Cukup 40 hari.. bertemulah murid tersebut dengan ustazah itu untuk menunjukkan hasilnya.Ustazah tengoklah.. mana bolehh lupa ingatan jika tidur selepas Asar. Saya dah buktikan.. saya tak gila pun... saya tak gila punn.. saya tak gila punnn... Hahaha..Ternyata murid tersebut sememangnya dah menjadi orang yang kurang siuman.
Tak pasal-pasal jer Along nak pergi sekolah pada pukul 730 malam. Patutlah terkocoh-kocoh Along pergi mandi bila saya kejutkan dia. Rupanya... dia ingat hari sudah siang. Jenuh saya menegur Along supaya tidak mamai.
Along tertidur selepas saya memarahinya. Elok budak kecil tidur.. Along pergi bergaduh dengan Angah sampai terjaga budak kecil tu. Dah kena marah.. tertidur pula dia. Saya pula tak sampai hati nak kejut dia.
Memang tak elok biarkan anak-anak tidur petang. Selain mamai.. tidur petang akan menjadikan seseorang anak itu sukar mendengar kata atau dengan kata lain.. BARAN. Seboleh-bolehnya... kejutlah mereka dan benarkan mereka bermain kerana petang adalah waktu yang paling baik untuk beriadah.
Lepas ni.. saya perlu sentiasa ingatkan diri sendiri. Memang kesian bila lihat anak tidur lena tapi lagi kesian kalau anak jadi mamai dan bersikap baran.