TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, February 18, 2011

Study mengalahkan doktor

"Masa saya belajar kat Ireland nak jadi doktor tak pernah pun saya bangun pukul 4 pagi untuk study".

Luahan seorang doktor hensem bila berbicara tentang kerja sekolah anaknya.

Beliau kesian melihat anaknya yang tak menang tangan menyiapkan kerja sekolah setiap hari. Balik sekolah jam 245 petang dengan pelbagai aktiviti yang lain menjadikan waktu malam tidak cukup untuk anak tersebut menyiapkan kerja sekolahnya.

"Sistem pendidikan sekarang mendera kanak-kanak"

"Apalah yang dikejar pada sekeping kertas sehingga menghasilkan manusia yang hanya tahu mementingkan diri tapi kurangnya nilai-nilai positif dalam diri?"

"Utamakan kualiti... bukan kuantiti"

Siapa saya untuk menyampaikan ketidakpuasan rasa hati doktor?

PIBG adalah jalan terbaik untuk beliau meluahkan rasa yang terbuku. Lantang bersuara dengan bukti-bukti pengukuhan.. insyaallah, pasti ada tindakan susulan.

"Saya tahu tapi... saya sibuk. Susah betul nak cari masa..."

Saya?

Errrr...