Friday, February 18, 2011

Lipan

Lipan. Binatang yang banyak kaki dan berbisa. Tetiba teringat semula kat binatang ni bila Dini bercerita tentang lipan besar yang ada di rumahnya.

pinjam gambar yang ada kat entri dini.. 
tak sanggup nak letak gambar lipan yang real..

Punyalah teruk tahap fobia saya terhadap lipan ni walaupun asalnya saya tidak ada apa-apa pengalaman yang menakutkan tentangnya. Sampaikan sembahyang pun tak khusyuk gara-gara benang pada kain telekung pun disangka lipan. Apa punya logik tahhh...

Teringat masa praktikal pertama kat Kuala Ketil, Kedah. Terlompat-lompat saya dalam kelas dengan kasut tumit tinggi 2 inci gara-gara lipan yang tetiba muncul entah dari mana.Bukan senang anak murid dapat lihat Cikgu Isza beraksi begitu Melurulah bebudak tolong bunuh lipan tu. 

Masa sambung belajar saya sanggup pengsan (pengsan tipulah tuuu) gara-gara lipan dijadikan bahan eksperimen. Ada ke patut disuruhnya diclorofomnya lipan tu kemudian diawetkan? Tahu tak bagaimana keadaan lipan bila diclorofom? Tegak mencacak jer dia berdiri dalam botol tu. Meremang bulu roma nengoknya! Nasib baiklah ada rakan yang baikhati tolong siapkan eksperimen saya. Kalau tak tentu kantoi gara-gara lipan.

 google

Kalau udang lipan tu.. bagi free pun saya tak sanggup makan. Masaklah sesedap mana pun.. tak boleh diterima dek tekak. Seumur hidup.. sekali jer saya pernah tengok udang lipan secara langsung.

Kamu juga fobia dengan lipan? Kenapa yer?