TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, February 24, 2011

Berkorban wang ringgit kerana setitis susu

Saya sungguh teruja untuk mendapatkannya. Apalagi setelah mencubanya, saya dapati hasilnya begitu memberangsangkan. Dalam usaha saya untuk terus menyusukan anak.. saya pejam mata dan anggap ianya hadiah untuk diri sendiri. Semoga apa yang saya usahakan dipermudahkan dan berhasil.


Pertama kali saya mengenali Avent Manual Breast Pump masa saya membaca entri di blog nOj. Seorang ibu yang solid dan masih bergetah. Membaca pengalamannya yang menceritakan betapa mudahnya memerah susu dengan menggunakan Avent Manual Breast Pump ni.

Bagi ibu-ibu yang semememangnya dianugerahkan dengan susu badan yang banyak, tiada masalah untuk mereka menggunakan breast pump yang biasa terdapat di pasaran. Sebelum ini.. saya telah memiliki tiga jenis breast pump tetapi hasilnya hampa. Dek kerana itulah saya terus dengan anggapan yang susu badan saya tidak mencukupi. Mencuba Avent Manual Breast Pump telah memberikan saya satu semangat baru. Alhamdulillah.. saya tidak mengalah ketika berjuang.

 kenangan terindah..

Buat sahabat saya.. Cikgu Zira, jutaan terima kasih diucapkan. Dah lama sebenar dia suruh cuba tapi ketika itu saya masih dalam pantang dan saya tak tahu pun dia pakai breast pump jenama Avent ni. Cikgu Zira banyak memberi sokongan dan galakan dalam memastikan saya tetap terus menyusukan anak.

Tak lupa juga buat seseorang yang bernama mumof3adh. Pengunjung misteri (tanpa link) yang selalu hadir dan tidak lokek memberikan pandangan dan berkongsi pengalaman apalagi jika ianya melibatkan masalah penyusuan.

Semangat saya kembali berkobar-kobar. Cuti pun ada lebih kurang sebulan lagi. Semoga apa yang saya perjuangkan diizinkan Allah swt.