Anak sulung - 44 hari jer susu badan
Anak kedua - Adalah dalam 3 bulan dapat menyusu badan
gambar hiasan:google
Hanya ibu-ibu seperti saya yang mengetahui cabarannya. Dulu... salahkan diri sendiri bila susu badan tak cukup. Terasa macam diri yang tak bersedia. Anak kedua.... saya usaha sungguh-sungguh sampai waktu malam saya takkan bangun buat susu. Bagi susu badan jer.
Kali ni.. saya setkan minda dari awal. Nak bagi susu badan.. nak bagi susu badan. Botol susu pun saya tak pandang apalagi susu tepung. Bila bertemu dengan anak buat kali pertama selepas melahirkan.. punya berkobar-kobar semangat saya untuk menyusukan dia. Hari pertama... ok, hari kedua..ok, hari ketiga... anak asyik meragam.
Rupa-rupanya.. susu badan tak cukup. Itu pun doktor yang kesan. Diberi saya ubat untuk tambah susu badan. Kalau tak salah Maxalon namanya. Dimakan selama sembilan hari mengikut aturannya. Hasilnya? Bengkak apa pun tidak...
Nak taknak kena topuplah juga. Mula-mula menyusu badan.. pastu bagi susu tepung Biolac. Dalam masa ni pun saya masih usaha. Sedih rasanya bila tak cukup dan sangat-sangat dengki bila melihat ibu-ibu lain yang susu badannya sampai berlebih-lebih. Rasa nak jer jadikan ibu susuan.
Bab ibu susuan ni pun satu isu juga...
soksek²: Mak kata.. memang keturunan kurang susu. Betul ke ada kaitan dengan keturunan?