TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, January 6, 2011

Doktor Farah Ngok Ngek - Ehhh.. pasal pe deme letak ngok ngek di situ???

Bukan saya yang gelarkan tapi misi-misi di hospital. Sabar jelah bila mereka panggil beliau Doktor Farah ngok ngek. Pasal apa pula ada ngok ngek di situ?

Orangnya cantik macam anak mami. Dengar kata masih single. Dek kerana mulutnya yang laser.. beliau digelar begitu. Patut ke???

Doktor Farah yang memantau keadaan kesihatan saya pada 3 minggu yang terakhir sebelum baby dilahirkan. Memang laser mulutnya. Takda main psikiologi dengan pesakit langsung tapi saya faham kerana beliau takkan me'laser' jika sesuatu itu tidak memuaskan hatinya. Lasernya bersebab. Sebagai seorang doktor... beliau juga terikat dengan etika pekerjaannya. Apa-apa hal yang berlaku pada pesakitnya adalah tanggungjawabnya untuk memberi tunjuk sebab. 

 Tak sanggup pula nak letakkan gambar yang real. Agaknya beginilah perut saya dikerjakan..
gambar: google

Doktor Farah juga yang menjalankan pembedahan menyambut kelahiran anak saya. Bagi saya... kerjanya memang tip top. Agaknya... itu sebab beliau bising jika ada orang lain buat kerja sambil lewa. Cara dia jahit semula pembedahan di perut ni cukup berbeza dengan pembedahan yang pertama dulu. Rasa mantap dan kesan sakit selepasnya tidaklah seteruk pembedahan yang pertama.

Buat doktor Farah... walaupun beliau mungkin tidak membaca blog picisan saya ni... saya mengucapkan ribuan terima kasih. Jasa beliau tetap saya kenang sampai bila-bila. Semoga beliau terus cemerlang dan menjadi doktor yang disegani...