TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, October 4, 2010

Kini.... baru ku tahu kenapa MAKANAN itu di PIJAK-PIJAK

Perkara ini dah lama saya perhatikan. Situasi yang berlaku di sekolah dan kadangkala terdapat dalam kehidupan seharian masyarakat kita. Betapa rezeki yang jatuh ke lantai tidak dihormati malah dipijak-pijak atau dalam keadaan yang lebih parah... ia ditendang!

Memang benar dan tepat sekali didikan yang utama itu bermula dari rumah. Kesempatan meraikan Hari Keluarga di Lumut semalam memberikan saya jawapan kenapa masalah ini berlaku.

Bayangkan jika ada makanan yang tumpah ke lantai seperti nasi contohnya. Bukankah makanan itu adalah rezeki? Bagaimana manusia sanggup memijak makanan ini? Kadangkala bukan sekali malah berkali-kali setiap kali mereka lalu di situ. Begitulah situasi pelajar di sekolah. Kalau di katakan tidak nampak... amat mustahil sekali. Apa guna mata yang fungsinya untuk melihat? Malahan memang mustahil dikatakan tidak nampak bila ianya turut di tendang tergolek-golek dijadikan bola...

Jawapannya... yang tua (ibubapa) tidak pernah menegur atau dengan kata yang lebih tepat... MENDIDIK! Saya melihat situasi ini semalam. Tiada seorang pun yang menegur anak mereka bila anak mereka dengan selambanya memijak nasi yang tumpah atas lantai. Lepas seorang... seorang hingga nasi yang mulanya jatuh selonggok... bertaburan akhirnya.

Mahu tak mahu terpaksalah saya membuka mulut. Maaflah... suara cikgu... bukannya tahu perlahan. Memang suara saya tinggi hingga semua yang ada di dewan makan merenung ke arah saya. Elok pun... kira pukul rata jer. Bukan susah untuk beralih laluan sedikit asalkan makanan itu tidak di pijak.  Yang buat tumpah pun satu hal.. dah tumpah tu bertanggungjawablah.. sanggup biarkan ajer. Yang pihak katering pun buat dek ajer. Bila dah tinggi suara baru tahu nak bersihkan.

 sekadar gambar hiasan : google

Memang menyedihkan melihat sikap masyarakat kini. Adakah perkara sebegini boleh dikatakan sebagai perkara yang remeh? Kecohlah cikgu ni... itu pun nak bising-bising? Bukankah semua ini termaktub  sebagai panduan hidup apalagi untuk kita yang beragama? Bila difikirkan... manusia sekarang suka ambil mudah sesuatu perkara tapi tak sedar natijah besar yang menanti pada masa akan datang...