TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, October 3, 2010

Ecah, Ani dan sesiapa sahaja kaum kerabatku yang nak menunaikan hajat... tak payah beratur yer... silalah sila - Sila bersikap biadap jer...

Tu laaa... kan dah tak pasal-pasal jadi tajuk entri hari ni. Angin dah hilang tapi geramnya masih ada. Mereka yang terlibat... (bukan nama sebenar) yang buat angin kus-kus saya menyerang tak pasal-pasal.

 sekadar gambar hiasan: Google

Alkisahnya kejadian berlaku di tempat yang telah terpapar dalam tajuk entri. Seorang kakak (saya rasa dia tua dalam 8 - 10 tahun dari saya) beratur menunggu giliran masuk ke dalam tandas menunaikan hajat. Saya orang kedua di belakangnya. Dalam beberapa minit selepas hajatnya tertunai maka terpacullah mukanya depan pintu dan memanggil tah siapa tah (kaum kerabat dialah tuuu). 

"Meh masuk sini meh...", ujarnya. Datanglah seorang anak gadis remaja tanpa adab terus potong barisan dan menunaikan hajatnya pula.

Dalam hati ni dah mula ler mengelegak. Dasar KURANG ASAM! Tahan tak tahan belakang kira. Apa-apa hallah beraturlah! Takpe.. takpe...

Dalam dok menahan geram tu datanglah pula anak gadis yang lain bertanya kepada kakak ni siapa di dalam dan di balas dengan bla... bla.. bla. Anak dara yang tak reti adab juga ni berdiri ler kat tepi pintu dengan pura-pura tak nampak yang saya memang dah tercongok depan pintu tu. Elok jer pintu di buka... laju jer dia nak masuk. Tapi... kali ini maaflah. Automatik tangan didepang sambil menegur. 

"Tolong beradab sikit boleh dan bla.. bla..bla.."

Elok jer keluar dari tandas... hilang dah semua kaum kerabat dia.

Yang buat saya terfikir... yang kakak mula-mula tu tentunya dah berumur. Ajar orang muda untuk berperangai PENTINGKAN DIRI SENDIRI dan TIDAK MENGHORMATI HAK ORANG LAIN. Yang muda satu hal. TAK TAHU IKUT PERATURAN JUGA dan TAK TAHU HORMAT ORANG YANG LEBIH TUA. 

Memang segala-galanya bermula dari didikan di rumah kan?