TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, September 28, 2010

Kenali pasangan anda melalui gaya lentok manjanya...

Bercerita tentang lentok... lentok ni bukan perkara yang boleh dibuat-buat (bagi sayalah). Ianya satu tindakbalas semulajadi. Bukan semua orang boleh lentok. Apalagi kalau lentok manja. Kalau ingin mengetahui di mana keikhlasan seseorang itu ketika beraksi lentok... lihatlah gambar kahwinnya atau gambar selepas kahwin. Kalau kajian dibuat sebelum kahwin.. selalunya lentok tersebut dibuat-buat... apalagi lentok dari seseorang yang bernama lelaki (jangan marah arrr).

 sekadar gambar hiasan: google

Berbagai jenis gaya lentok yang dapat diperhatikan. Tahukah anda.. dengan melihat siapa yang lebih lentok, anda boleh mengenali siapa yang lebih menurut kata pasangannya. Lelakinya atau perempuannya? Mengambil contoh yang terdapat dalam gambar di atas, pasangan ini dikatakan saling bertolak ansur antara satu sama lain kerana kedua-duanya sama lentok. Mereka dikatakan tidak mengutamakan kepentingan diri sendiri dan sentiasa cuba mengalah jika berlakunya perbalahan.

Jika perempuan yang lebih lentok ketika bergambar... maka perempuan tersebut yang akan selalu mengalah jika wujudnya masalah dalam perhubungan mereka. Begitulah juga jika lelaki pula yang terlebih lentok... lelaki tersebut pula yang lebih bersabar dalam menangani ribut taufan dalam perhubungannya.

Namun... jika kedua-duanya tidak lentok antara satu sama lain... itu petanda yang kedua-duanya mempunyai ego yang tinggi. Apalagi jika lentok ke arah yang berlainan. Itu memberi petanda yang pasangan anda suka mengambil langkah yang bertentangan dengan apa yang anda inginkan.

Perlu diingatkan... anda tidak harus percaya 100% dengan kajian ini kerana ianya hanyalah sebuah kajian. Kadangkala... dalam mengenali sikap pasangan anda... 100 tahun belum cukup untuk anda betul-betul mengenali hati budi keseluruhannya. Manusia... kadangkala hati dan sikap turut berubah mengikut masa...

soksek: Antara anda dan pasangan... siapa yang lebih lentok?