Bila doktor juga manusia biasa... tentu yang memegang gelaran doktor itu turut tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Apalagi bila jiwa turut dipengaruhi emosi.
Tidak sesekali ingin menyentuh isu doktor bersama nyawa pesakitnya. Sukar untuk meletakkan diri dalam situasi mereka. Tanggungjawab... dugaan... bebanan... bukan sesuatu yang mudah untuk dirasai bersama.
Hanya menyentuh isu melibatkan pemberian MC. Melihat perkara terjadi depan mata... hanya mampu geleng kepala. Bagi sesetengah klinik kerajaan... MC tidak akan diberi kepada pesakit yang mengidap penyakit yang tidak dapat dilihat pada mata kasar. Sakit kepala, sakit perut, gastrik.
?????.
Penuh dengan pertanyaan. Berperanglah pesakit tadi dengan doktor. Saya ni sakit... kalau saya tak sakit tak inginnya saya ke klinik. Atau doktor nak tengok saya rebah depan mata baru doktor nak percaya?
sekadar gambar hiasan: google
Doktor tetap dengan ego dan pendiriannya. Pesakit dihalau keluar???
"Biarkan dia di situ. Ingat senang nak minta MC?. Dasar kurang ajar" arahan doktor pada jururawat yang bertugas. Depan saya... pesakit yang seterusnya.
Saya tak tahu setakat mana etika seorang doktor tetapi saya tertanya-tanya di mana sifat kemanusiaannya?
Waktu balik... saya melihat pesakit tadi sedang menunggu bas. Matanya merah... tentu lepas menangis dan menahan geram. Datang menaiki bas dan pulang dengan bas. Bukan perkara mudah dan bagi saya dia bukan saja-saja datang buang masa nakkan MC.
Dunia.... kadangkala bila kita jujur, orang sukar mempercayai tapi bila disertai dengan seribu pembohongan... bulat-bulat jer orang terima segala alasan.
Susah sangatkah doktor???