TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, August 29, 2010

Lagi remaja dipukul polis - Antara simpati, geram dan entahlahhh...

Bapa dakwa anak dipukul polis ketika lari sekatan

KOTA BAHRU 28 Ogos - Seorang bapa mendakwa anak lelakinya mengalami kecederaan parah di kepala dan muka setelah dipukul seorang anggota polis menggunakan sebatang kayu ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya, baru-baru ini.


Dapatkan berita selanjutnya di SINI 

Simpati. Masakan tidak simpati. Melihat anak orang lain yang cedera parah dalam keadaan begini pastinya hati keibuan turut tersentuh. Terbayang jika perkara tersebut berlaku pada anak sendiri. Tak tahu nak kata apa. Busuk-busukpun... masih namanya anak. Yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang tapi kini terbaring dalam keadaan yang tidak dijangkakan serta menyayat hati.

Geram. Walaupun dalam pandangan saya selama ini sering memperlihatkan supaya kita mencari dimana punca tetapi tidak bermakna saya bersetuju atas tindakan yang dilakukan bila remaja sebegini melakukan kesalahan. Tiada cara lainkah untuk menangani masalah sebegini selain daripada memukul mereka seteruk-teruknya? Perkara sebegini melibatkan nyawa dan sebagai orang yang lebih dewasa... tolong berfikir secara waras sebelum bertindak. Nyawa tidak boleh ditukar ganti dan bagaimana pula jika menyebabkan kecacatan seumur hidup? Adakah mereka sanggup bertanggungjawab terhadap diri remaja ini selama-lamanya?

Entahlah. Bila melihat waktu kejadian berlaku terfikir pula dimana pengawasan yang sepatutnya? Wajarkah remaja bawah umur keluar dalam waktu begini? Begitu juga dengan kes-kes yang terdahulu. Jangan memberikan jawapan diri remaja memang begitu. Mereka tidak terus membesar menjadi remaja. Masih ramai remaja di luar sana yang mahu mendengar kata dan tahu menilai baik buruk sesuatu perkara dan akur dengan kata orangtuanya. Siapa masalah sebenar?

Saya hanya mengambil kejadian sebegini sebagai ikhtibar. Saya juga mempunyai anak yang masih kecil dan tidak tahu bagaimana dengan cabaran pada masa yang akan datang dalam mendidik anak-anak ini. Sama-samalah kita memikul tanggungjawab yang sepatutnya. Sebagai ibubapa... berikan didikan yang terbaik buat anak-anak. Sebagai remaja.... jadilah anak yang taat pada kedua ibubapamu dan sebagai orang yang lebih dewasa dan berkuasa... sentiasa bertindak secara rasional seboleh-bolehnya.

Jangan hanya menuding jari...