TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, August 1, 2010

Beli periuk pun nak kecoh - Periuk emas ke?

Bukan periuk emas. 
Periuk perak pun bukan... periuk gangsa juga bukan. 
Cuma periuk non-stick sahaja. 
Bukan cerita beli periuk yang hendak dihebahkan tapi cerita sebaliknya. 

 sekadar gambar hiasan : google

Bukan nak komplen. 
Periuk tu okey jer. 
Tiada cacat cela.
Semuanya sempurna. 
Cuma.. periuk itu dibeli oleh seorang isteri...
Untuk suaminya.

"Kenapa ayang beli periuk ni?"

"Sebab abang rajin masak, hadiah untuk abang"

"Ermmm.. ingatkan ayang yang dah semangat nak memasak..."

"Okeylah tu bang.."

"Apa yang okeynyer?"

"Iyalah... kalau isteri rajin masak, isteri juga yang beli periuk belanga... tapi bila suami rajin masak... isteri juga yang tolong belikan periuk tanda sokongan.."

"Iyalah tuuu.."

Saya bukan malas masak tapi... suami saya yang terlebih rajin...
(^___^)