Hebat juga penangan Paul si sotong peramal ni. Sana sini namanya meniti di bibir. Idak ke tersedak-sedak Paul tu. Boleh bayangkan tak bagaimanalah agaknya rupa Paul tersedak? Orang kata kalau tersedak, minum air tujuh kali. Nasib baik Paul dah tinggal dalam air.
Mengandung kali ni tak suka makan seafood. Haaaa... selamatlah ko Paul. Kalau tak naya jer ko jadi idaman mak buyong ni. Paling naya tentulah cik abang saya yang terpaksa bersusah payah nak dapatkan si Paul tu. Agak-agaknya... berapalah harga Paul tu kalau nak beli dia. Mahu kaya tak tuan punyanya seumur hidup?
Terus terang cakap... bila nengok gambar Si Paul tu buat saya kembang tekak. Tak berselera langsung. Ada ke sesiapa teringin nak makan Paul tu? Sian Paul jadi mangsa keadaan. Yang orang ni pula... hidup-hiduplah percaya ramalan Paul tu. Memanglah ada kajian yang kata kadangkala haiwan boleh meramal apa yang akan berlaku tapi kalau ada tanda. Macam tsunami contohnya. Perbezaan antara manusia dan haiwan adalah pada akalnya. Paul ada akal ke?
daripada layan Si Paul.. lebih baik layan buat sotong macam ni.. ada gak faedahnya
(sumber gambar: hanielzahra.wordpress.com)