Ini namanya... suami punya usaha, isteri dapat nama. Tah bila-bila jer memandai letak nama Sambal Belacan Semekar Kasih. Syhhh... Cik Abang tak tahu nii... jangan cerita kat dia tau. Jangan tak tahu... saya tak pernah buat sambal belacan sejak satu eksiden yang berlaku dalam rumahtangga kami. Buka cerita rumahtangga pula cikgu ni. Bukan cerita pasal perang rumahtangga yang melibatkan sambal belacan atau episod baling membaling batu lesung apalagi ibu lesung batu. Ceritanya... masa awal perkahwinan dulu...(sila sediakan tisu untuk kisah yang menyayat hati ini).
Masa tu... saya buatlah sambal belacan untuk suami tercinta... dengan penuh kasih dan sayang saya menumbuk bahan-bahan sambal tu untuk santapan suami tercinta. Alih-alih... bila nak menjamu selera, saya dapati sambal saya dah takde. Ada ke patut... suami dah buang sambal tu sebab dia ingat sambal semalam? Masa tu suami balik rumah selang sehari. Sebenarnya bukan salah dia pun... bukan dia nak jangka tetiba isteri dia terlebih rajin buat sambal belacan sedangkan sebelum ni tak pernah. Tragis sungguh kan? Semenjak tu saya merajuk taknak tumbuk sambal lagi. Nak makan sambal buat sendiri. Huhuhu...
Tapi... takde mana pun dia nak kisah saya taknak buat sambal belacan lagi. Dia punya airtangan lagi tangkap leleh. Tengok sahajalah untuk Sambal belacan Semekar Kasih ni. Tah apa-apa jer dicampurnya sampaikan saya yang takde selera masa mengandung ni boleh dua tiga kali ulang makan kalau dia buat sambal ni. Jom kita ngintai apa yang rahsia suami saya dalam resepi ni.
SAMBAL BELACAN SEMEKAR KASIH
Bahan-bahannya:
Cili api
Tomato
Limau kasturi
Belacan
Caranya:
Cili api, tomato dan limau kasturi di hiris halus dan ditumbuk hancur tak hancur
Gaulkan dengan belacan
Cubalah. Macam air asam pun ada... macam sambal pun ada. Cicah dengan ikan rebus goreng atau ikan bakar... PergGHhh..