TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, July 18, 2010

Bila earnings Nuffnang bertambah -Sedihnya...huhuhu

Ini bukan entri orang yang tak bersyukur. Alhamdulillah dengan rezeki yang diterima. Ini cuma entri terkilan bila lihat earnings bertambah pada hari yang tidak sepatutnya. Maksudnya.. selalunya earnings di Nuffnang akan di update pada hari Isnin. Bila melihat earnings bertambah berlaku pada hari yang lain... sesuatu yang menyedihkan telah berlaku. Apakah itu?


Itu bermakna... buffered earnings telah bertukar menjadi metered earnings. Adoiii... nak beli sarung kamera pun tak lepas. Kenapalah sekejap jer kita bertemu jodoh yer? Apa-apa pun terima kasih buat iklan Anmum Father's Day LB yang masih tak jemu-jemu kekal dalam blog ni. Duduk lama-lama yer... nak rasa cecah sampai ratus untuk satu buffered ni.


Apa-apa pun... bila dapat buffered kena usaha lebih sikit. Kadang-kadang peluh tak menitik lagi tapi hasil dah hilang. Itulah namanya rezeki...