TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, July 20, 2010

Kepada ibubapa yang prihatin... Sila ambil PERHATIAN! - Ketahui barang-barang apakah yang dilarang untuk anak anda bawa ke sekolah

Bila bercerita masalah yang wujud dalam entri Deme cucuk tang sana.. cucuk tang sini - Ehhh.. bukan pasal cucuk botoxlahhh!... rupa-rupanya ramai yang tidak tahu bahawa pensel mekanikal merupakan barang yang dilarang keras untuk dibawa ke sekolah. Rasanya... kebanyakan sekolah menetapkan pensel mekanikal sebagai barang larangan. Jika kamu masih ingin kepastian yang lebih jelas... sila rujuk buku peraturan sekolah yang wajib dimiliki oleh setiap anak yang bersekolah.

Berikut adalah senarai barangan lain yang dilarang untuk dibawa ke sekolah. Senarai barangan yang dinyatakan tertakluk pada peraturan sekolah yang saya mengajar sekarang ini:

BARANG-BARANG LARANGAN
1. Barangan elektrik - walkman, permainan elektronik, radio dan lain-lain

2. Barang kemas - cincin, rantai, gelang dll (tak kira asli atau tiruan)

3. Peralatan pertukangan - pemutar skru, spanar dll

4. Bahan bacaan hiburan - majalah, komik dll

5. Peralatan kosmestik - gincu bibir, minyak wangi dll

6. Kamera, telefon bimbit, perakam video dll

7. CD, VCD, DVD dll

8. Liquid paper, pen marker, magic colour, pensel mekanikal

9. Senjata - pisau, parang, pemetik api, pisau cukur dll

10. Peralatan tajam - jarum, gunting

11. Rokok, dadah, minuman beralkohol

12. Makanan yang tidak halal

13. Bahan-bahan lucah - media cetak atau rakaman

14. Semua peralatan permainan

 liquid paper turut tersenarai dalam barang yang di larang dibawa ke sekolah 
(sumber gambar: bloop-de-winzee.blogspot.com

Sekiranya anak kamu menyatakan pihak sekolah mengarahkannya untuk membawa barang larangan yang dinyatakan, sila dapatkan pengesahan daripada pihak sekolah. Sentiasalah mengetahui kandungan dalam buku peraturan sekolah supaya anak lebih dilindungi dan mendapat haknya. Mengikut peraturan sekolah... barangan yang dirampas selalunya tidak akan dikembalikan kecuali dalam sesetengah perkara yang membabitkan budi bicara.

Sama-samalah kita memainkan peranan masing-masing dalam memastikan sistem pendidikan kita berjalan dengan lancar serta dapat menghasilkan insan yang cemerlang dari segi intelek dan sahsiah.