TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, July 16, 2010

Deme cucuk tang sana.. cucuk tang sini - Ehhh.. bukan pasal cucuk botoxlahhh!

Minggu ni minggu mengharukan di sekolah. Minggu ni minggu ujian bulanan yang kedua. Agaknya... tension punya pasal... macam-macam hal berlaku di sekolah. Murid tahun enam pula sedang menduduki percubaan UPSR. Ibu-ibu yang ada anak tahun enam atau yang bakal ke tahun enam macam kak jie dan cikgu klcitizen kata... dalam perut diaorang ada rama-rama. Apalagi rama-rama itu wujud kemudian sebelum hadirnya kepompong.

Ada 3 kes cucuk menyucuk yang berlaku di sekolah. Bukan melibatkan cikgu-cikgunya yang sentiasa ingin awet muda tapi anak muridnya yang mungkin melepaskan rasa membuku di dada. Semput cikgu-cikgu dibuatnya... apalagi kedut yang baru nak menjelma makin ketara terutama tang dahi. Apa ke halnya bebudak ni? Kes pertama berlaku terlebih dahulu.... pergaduhan berakhir dengan menyucuk belakang kawan dengan pensel mekanikal. Cikgu bertugas dah bagi peringatan... jangan hendaknya perkara sebegini berulang namun semakin menjadi-jadi pula bila berlaku kes yang kedua dan ketiga.

Kes kedua melibatkan murid tahun enam. Lagi haru... enam karbon pensel tenggelam di tapak tangan seorang murid. Mentang-mentanglah bawa pensel 2B selagi boleh. Dikumpulnya bantak-banyak... jadi bahan senjata pula. Bila semuanya berkumpul dalam dewan... mana mungkin cikgu-cikgu dapat memerhatikan seorang demi seorang. Kesalahan anak murid tidak nampak. Kepincangan cikgu juga yang terserlah.

Masa sekolah bercuti sebulan dari kehadiran seorang guru besar selepas guru besar yang terdahulu pencen... aman jer sekolah. Nak tunjuk perangai kat guru besar baru agaknya bebudak ni. Guru Besar baru pula nampaknya seakan ingin mengambil langkah drastik bagi memastikan tahap disiplin sekolah berada pada kedudukan yang lebih baik. Saya sokong sangat. Bagi saya... sememangnya segala-galanya bermula dari disiplin. Bila semuanya terkawal.. barulah akademik dan kokurikulum dapat berkembang dengan baik.

 sekadar gambar hiasan : google

Pensel mekanikal adalah barangan larangan untuk dibawa ke sekolah. Dah berapa kali rampas pun masih ada yang bawa. Bukan cokia-cokia punya pensel mekanikal tuuu. Manalah agaknya anak murid ni dapat yer? Kerjasama... kalau dari sebelah pihak sahaja susahlahhh...