Ayat yang dituturkan oleh seorang anak murid perempuan tahun enam ketika mengintai murid-murid lelaki sedang bermain bolasepak. Apalah agaknya makna seksi bagi seorang perempuan yang rasanya baru beberapa kali datang bulan? Adakah istilah seksi baginya mengundang nafsu yang melonjak-lonjak hingga tak tertahan? Anak-anak sekarang memang selalu cepat matang dari yang sepatutnya. Matang dalam istilah mengetahui sesuatu yang tak patut mereka ketahui pada peringkat umur tersebut.
sekadar gambar hiasan
sumber google
Cikgu yang menegur di anggap tidak sporting atau kolot. Jelingan tajam bakal menyusuli bila cikgu selesai memberi ceramah. Setakat surat cinta yang berbau lucah... saya nak pegang tangan awak, saya nak peluk awak, saya ingin merasa kucupan awak atau lebih berat lagi sudikah awak menemani waktu tidur saya... adalah mainan penulisan yang dirasakan sungguh romantik bagi mereka. Kalau penerima surat adalah murid lelaki yang sebaya... mungkin tidak akan dilayan memandangkan mereka kurang menangkap perkara tersebut. Apa pula natijahnya jika si penerima adalah orang yang lebih dewasa. Mangsa... perangkap belum dipasang.. ikan sudah tersedia.
Surat-surat dan diari berbaur cinta dan seks dirampas di sekolah. Keprihatinan rakan-rakan yang lain menyelamatkan murid tersebut. Yang menimbulkan pertanyaan... tidak pernahkah ibubapa ini melakukan pemeriksaan mengejut dalam bilik anak-anak mereka? Adakah mereka merasa yang anak perlu diberi ruang peribadi tanpa campurtangan dalam umur begini? Jangan bila anak lari dan mengugut diri seperti kes-kes yang terjadi.. baru ibubapa menepuk dahi.
Kesibukan kita sebagai ibu bapa sedikit sebanyak mengurangkan perhatian kita kepada anak-anak. Kekurangan perhatian ini diandaikan oleh si anak dengan istilah kurangnya kasih sayang. Lalu.. mereka yang dahaga kasih sayang cuba mencarinya diluar dengan meluahkan sayangnya dengan harapan ada tangan yang menyambut. Bila ditegur ingin bunuh diri tetapi anak ini tidak sedar yang mereka telah membunuh diri sendiri dengan senyap. Bertindaklah kita sebelum terlambat...