Bukan seorang dua... tapi tiga. Bukan rezeki mereka untuk menimang cahayamata yang ada tapi rezeki di syurga sana telah menanti. Sebelah kaki telah menapak ke dalam syurga kata orang. Kena pula anak lelaki semuanya. Melihat bagaimana tabahnya mereka menghadapi ujian yang diberi. Mana mungkin membayangkan bayi yang dikandung sekian lama... akhirnya pergi tanpa nyawa. Kena-kena pula bersalin dan berpantang macam biasa... tapi takde tangisan sang anak berada disisi. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya yang tidak mampu menghadapi ujiannya.
Kes pertama... kandungan baru berusia 6 bulan. Sakit perut yang disangka salah makan rupanya petanda bayi menghadapi masalah. Tak tahu apa puncanya. Yang pasti... akhirnya bayi tidak bernyawa. Muhammad Yusuf nama diberi. Rakan... yang begitu inginkan anak lelaki akur dengan ketentuan Illahi. Kes kedua juga tak tahu punca. Saya bersama-sama rakan ketika itu memenuhi keinginannya menghayati kelazatan pizza. Dia mengadu... kandungannya yang berusia 8 bulan sudah beberapa hari tak bergerak. Memujuknya untuk berjumpa doktor dan bila discan... sememangnya bayinya tidak bernyawa lagi.
Menjadi penderma darah untuk seorang rakan yang kekurangan darah ketika melahirkan anaknya. Anaknya juga tidak dapat diselamatkan kerana rakan menghadapi masalah tekanan darah tinggi yang serius. Kali ini saya dapat melihat sendiri mayat arwah anaknya. Cukup siifat... sempurna segalanya cuma tanpa nyawa. Memang sebak sangat rasanya ketika itu. Apakan daya.. ketentuan Allah mengatasi segalanya. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.
Pengalaman-pengalaman yang ada menjadikan diri saya fobia. Setiap kali masalah melanda... saya berdoa agar diri saya dilindungi. Semoga anak dalam kandungan saya sihat dan selamat dilahirkan. Amin~
sekadar gambar hiasan
sumber: drhassanbasri.blogspot.com
soksek2: baru lepas jumpa doktor... nampak janin yang bergerak aktif dalam rahim ini. Uri di bawah adalah punca kenapa pendarahan kembali berlaku. Tidak boleh terlalu aktif.