Siapa yang sekolah kat sekolah berasmara berasrama atau tinggal kat hostel mesti ada pengalaman yang manis dan pahit. Biasalah... remaja yang bernama pelajar ni macam-macam ragamnya. Nak-nak pula bila exam semakin hampir. Macam-macam cara yang dilakukan untuk menghilangkan tension.
Cara budak laki zaman saya sekolah dulu hilangkan tension amatlah mengharukan. Ada yang pecah masuk library melalui bumbunglah. Ada yang ceroboh asrama perempuanlah. Malam-malam pula tuuu. Orang tengah sedap tidur... deme buat operasi. Angin apa tah... tension tak bertempat agaknya. Habis barang budak perempuan diaorang kebas terutama bahan mandian. Ubat gigi yang banyak jadi mangsa. Bila budak laki ni balik asrama diaorang.. mereka menjalankan operasi yang lain pula. Bebudak lelaki yang tak join aktiviti mereka.. diperlakukan seperti INI.
Perlakuan orang tak pro akhirnya dapat dikesan oleh warden. Yang heran tuuu... warden tak dapat tangkap siapa yang terlibat. Yang jadi mangsa tadi... taknak bagitahu siapa yang terlibat walaupun mereka tahu. Last-last... semua budak laki kena denda. Tu lah orang kata... orang laki ni sangat membacking kawan-kawannya. Sifat kejantinaan mereka sungguh kuat. Kena denda sama-sama pun tak pe. Elok ke sifat kejantinaan macam ni? Nak bela kawan pun... biarlah bertempat. Betul tak?