TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, June 25, 2010

Kemalangan di traffik light Giant Sunway City Ipoh - Sila awasi jarak kenderaan anda

Bunyi siren daripada 3 buah kerta polis memecah kesunyian malam buat seketika. Orang ramai mula berkumpul untuk menyaksikan apa yang berlaku. Saya... yang kebetulan berada di tempat kejadian turut melonjak-lonjak keinginan untuk turut sama mengetahui apa yang berlaku. Mengambil keputusan untuk menghampiri kawasan kejadian dengan membawa kereta  melakukan pusingan semula. Ada kemalangan rupanya...

Kemalangan melibatkan 4 buah kenderaan beroda empat yang yang saling berciuman dari arah belakang. Uishhh... pelik juga. Melihat keadaan kenderaan... mungkin tiada kemalangan jiwa berlaku. Puncanya tidak diketahui dan meragukan. Apa punca kemalangan? Ini kerana kereta pertama berada betul-betul depan garisan traffik light. Adakah tuan punya kenderaan berhenti mengejut lalu menyebabkan kereta-kereta lain yang mengekorinya dari belakang menghentam antara satu sama lain? Ataupun... kenderaan pertama cuba mengelakkan kenderaan lain  yang melanggar lampu merah? Tiada jawapan yang pasti di situ.

Apa yang pasti mereka berlanggar kerana kereta masing-masing berada dalam jarak yang berdekatan. Pemandu di Malaysia ni... kalau bab himpit cukup pakar. Kadangkala pejalan kaki nak celah pun tak lepas. Kalau kita memandu pandu jarak selamat pula... ada sahaja kenderaan lain yang memotong dan memasuki ruang yang kosong. Masa belajar undang-undang nak ambil lesen bukan tak tahu. Amalan hanya atas kertas sahaja. Harapnya... mereka-mereka yang berada dalam kenderaan tadi selamat tanpa sebarang kecederaan.

nasib baik 4 berderet... kalau macam niii?
(sumber ; google)