Nampaknya semua kembali reda. Dari apa yang saya lihatlah. Pertikaman lidah mengenai isu yang yang begitu menikam kalbu dengan pendapat yang tersendiri kini kian pulih. Atau mungkin saya yang kurang blogwalking tanpa menyedari isu ini masih menjadi perdebatan? Saya rasa masing-masing sudah menyatakan pandangan dan pendirian diri sendiri. Hormati pandangan orang lain dan orang juga akan hormati pandangan kita.
(gambar google)
Apa yang menarik perhatian saya ialah beberapa hubungan yang tegang hanya ketika isu itu diutarakan. Ketika masing-masing menegakkan pendirian masing-masing, macam nak bergaduh dan bakal bermusuh pun ada. Namun syukurlah... masing-masing tidak memanjangkan isu tersebut dan mula belajar menghormati antara satu sama lain. Bila melihat entri-entri blogger yang terkini... mereka masih mengomen mesra dan bertegur sapa bagai tiada apa-apa yang berlaku sebelumnya. Itulah yang sebaiknya. Kita bukan mahu cari musuh.
Kalau ada yang masih terasa di hati... buangkan yang keruh... ambil yang jernih. Kadangkala kita sangka apa yang kita tulis itu benar tapi tanpa disedari menjatuhkan maruah orang lain. Menghulurkan salam kemaafan bukan bermakna kekalahan. Tiada pertandingan di sini.. jadi mengapa perlu utamakan siapa yang kalah atau menang? Ego tidak akan membawa apa-apa makna. Kita saudara seislam dan mana tahu nanti kita bersaudara melalui perhubungan darah.
Nak cari musuh memang senang... nak membina hubungan yang baik itu kadangkala menuntut pengorbanan.