Pulang ke rumah selepas menjamu selera bersama suami dan anak-anak. Western food yang menjadi pilihan. Saja jer nak tukar selera. Saya dan suami order chicken chop manakala anak-anak makan fish n chips. Ramai pula yang makan western food malam ni. Mungkin sebab cuaca sejuk kot. Nak panaskan badan macam orang putih tu... kan deme makan daging jer.
Adik itu jeling sambil tersenyum sinis pada saya. Ehhh... apa yang tak kena yer? Oooo... dapat tangkap maksudnya. Bukan akak tak tahu etika penggunaan garpu dan pisau dik... tetapi kenapa nak ikut budaya Mat Saleh yang selalu cuba memesong akidah kita? Dalam adab makan... gunakanlah tangan kanan. Tak salahkan kalau kita pegang garpu tangan kanan dan pisau di tangan kiri? Lebih afdal rasanya.
(gambar:google)
Saya memerhatikan orang-orang lain yang berada di sekeliling saya. Majoriti mengikut budaya Mat Saleh. Makanan disuap dengan tangan kiri. Adakah saya yang berfikiran kuno atau ada fatwa yang menyatakan lebih afdal makan menggunakan tangan kiri bila menggunakan garpu dan pisau? Kalau ada... sila maklumkan yer...