TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, May 15, 2010

Sebak di dada bergenang airmata - Selamat Hari Guru untuk diri sendiri

Hari guru bakal menjelang beberapa minit dan saat sahaja lagi. Terima kasih kepada pengunjung-pengunjung blog yang datang dan memberikan ucapan Selamat Hari Guru. Juga jutaan terima kasih kepada mereka-mereka yang membuat entri berkaitan dengannya di blog masing-masing. Terima kasih atas ingatan semua.

Bila tiba jer Sambutan Hari Guru pasti guru-guru di sekolah akan menyanyikan lagi 'Kami Guru Malaysia'. Jujur saya mengakui... jiwa saya sebak tiap kali mengalunkan lagu ini. Dengan lirik yang penuh tanda janji dan keazaman... mana mungkin airmata saya tak bergenang.

Kepada diri sendiri dan rakan-rakan guru yang lain... walau hakikatnya kita menyedari di mana letaknya kedudukan guru akhir zaman... sama-samalah kita tabah menghadapi setiap cabaran yang mendatang bagi melahirkan insan yang cemerlang dan terbilang dunia dan akhirat. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup kita. Amin~