TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, May 16, 2010

Masuk kelas vokal hari ini - Esok nak jadi Ziana Zain kat sekolah

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah di adakan pada hari esok 17hb Mei bersamaan hari Isnin. Selain acara rutin seperti ucapan, bacaan ikrar dan nyanyian lagu Hari Guru... turut diadakan pelbagai aktiviti lain bagi menyemarakkan sambutan.

Esok.. cikgu-cikgu perempuan ada perlawanan bola jaring dan cikgu-cikgu laki ada perlawanan futsal. Saya hanya menjadi pemerhati.. niat di hati nak jadi pengadil tapi kenalah sedar diri. Selain itu.. cikgu-cikgu turut dibahagikan kepada bebrapa kumpulan mengikut tahun yang mereka ajar. Setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan. Tak kisahlah... lakonan ke.. bacaan pusi ke.. nyanyian ke.. atau idea kreatif yang lain.. janji ada persembahan.

Saya dalam kumpulan guru-guru Tahun 3. Nak menyanyilah kononnya. Mahu terangkat kening Ziana Zain tu kalau dengar cikgu-cikgu mendendangkan lagunya. Sehingga kini tak tahu lagi lagu mana yang bakal dipilih. Mungkin saya membawa koleksi karaoke saya supaya mudah membuat pilihan. Adushhh.. suara emas ni.. setakat melenting dalam kelas boleh kalau nak kalahkan Jacyln Victor... nak mengalunkan lagu... mahu pecah speaker dibuatnya.

Rasa macam tak sabar pula nak sambut hari guru esok. Cikgu terlebih xcited. Sebelum terlupa.. say nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang memberi ucapan selamat hari guru bersama kiriman kad alam maya.

kad daripada MAT GEBU... satu-satunya yang mengatakan saya cikgu yang manis (gara-gara gula tinggi dalam darahlah ni). Kat sekolah.. ramai yang kata.. saya cikgu Cegil (garang). Murid sanggup bayar nak tengok senyuman saya... huhuhu

daripada rakan sejawat... Cikgu Ayu.. semoga kita menjadi guru yang dihormati dan disegani oleh anak murid kita.

Tak lupa juga terima kasih untuk blogger Azrul Hisham... tak bagi right klik ngape? huhuhu...

kepada cikgu-cikgu yang lain... silalah ambil kad ni untuk diletakkan di dalam blog.. kad ini untuk kita jer tau.. :)