TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, May 3, 2010

Manusia suka berhibur - Ilmu pun perlu ditukar dalam bentuk hiburan... mungkinkah?

Bukan mudah menyebarkan ilmu dan selalunya ilmu bukan perkara utama yang dicari. Ilmu yang dikatakan merujuk kepada ilmu yang memberi manfaat. Kalau ada yang mencari ilmu pun... mungkin kerana suatu hari ingin berkerjaya. Kalau setakat memenuhi ilmu di dada.. rasanya.. boleh dikira berapa jumlahnya.

Kalau tengok video di you tube sendiri... video-video ilmu jarang menjadi pilihan atau mendapat ranking yang terbaik berbanding hiburan. Adakah sifat semulajadi manusia lebih sukakan hiburan daripada ilmu yang lebih manfaat. Kena-kena pula... kalau melibatkan ilmu yang memang tidak disukainya. Terus tutup pintu hati tanpa mencari alternatif lain untuk menyukai ilmu tersebut.

Mungkin ramai yang lupa kelebihan ilmu dimana jika ianya diturunkan maka pahalanya seperti air yang mengalir dan tak putus-putus selagi ia diamalkan. Sedangkan hiburan.. adalah keseronokan yang seketika dan berlalu begitu sahaja. Perlukah ilmu diwujud dalam bentuk hiburan sebagai daya penarik minat generasi-generasi baru untuk menyintai ilmu?



Lihat perbezaan antara dua video yang diupload di you tube. Kedua-dua video dihasilkan pada tahun yang sama. Video 1 adalah video lagu penyanyi Pink dan yang kedua adalah video belajar matematik. Betapa besarnya jumlah perbezaan tontonan antara kedua-dua video tersebut.