Poyo jer buat offer gila-gila sampai 40%. Mana tak teruja kan kalau kek yang harganya RM50 ke atas dapat potongan harga 40%. Lebih teruja hendak meraikan hari lahir yang dah kunjung tiba. Punyalah semangat sampai tersambarlah satu jenis kek seberat 1kg. Harga RM55.. lepas offer jadilah RM30++. Perosak hari lahir punya kek! Tertipu tau... spesis king kong apakah?
jangan tertipu dek non.. rupa kek jer cantik bagai tapi isi dalamnya kek span kosong yang macam hampas jer..
(gambar google)
Kek dihias cantik bagaikan kek yang mahal harganya. Padanlah dengan harga RM55 tu.. tapi.. bila dipotong.. isinya? Ohhh.. apakah.. kek span sahaja dalamnya dan bukan seperti kek yang diimpikan. Kalau begitu isinya.. memang wajarlah harga di RM30++. Takde maknanya pihak King's Confectionery meletakkan offer 40% di situ. Penipu besar!
Bayangkan saya turut membeli kek yang siap dipotong yang rupa bentuknya serupa dengan kek yang sebiji tu. Kek sepotong harganya RM5.40 dan setelah ditolak offer jadilah harganya RM3 lebih. Terus terang cakap.. isi keknya lain. Yang sepotong isinya bukan sekadar kek span tapi diberi perasa tambahan lain seperti coklat dan pelbagai. Memang sedap punyalah. Yang sebiji ni.. kek span kosong semata. Harap rupa jer serupa...
Tak sah ke berniaga kalau tak tipu pelanggan? Ni nak kena buat aduan seperti yang Kujie lakukan ini. Syarikat kamu dah ada nama... kang komplen kat surat khabar kang.. syarikat kamu juga yang busuk. Pelanggan sekarang dah bijak. Jangan nak tipu ikut sesuka rasa jer... Itu belum harga kek yang tertera lain tapi bila dibayar harganya lain. Bila saya buat aduan.. bukannya nak pulangkan wang baki tapi ubah harga pada kek yang lain. Ishhh.. macam-macam ragam orang berniaga ni. Lain kali... buat kek sendirilah senang. Huhuhu