Semalam, guru besar memanggil saya masuk ke biliknya. Ada beberapa perkara yang perlu disampaikan. Antaranya... peringatan dari pegawai atasan kepada semua guru. Oleh sebab saya tidak hadir ketika mesyuarat diadakan.. GB memanggil saya untuk memastikan semua gurunya mendapat maklumat yang disampaikan. Perkara yang ditegur ialah penggunaan mukabuku dan blog.
Guru-guru diingatkan tidak menyalahkan penggunaan mukabuku dan blog. Salahguna dalam ertikata menyentuh perkara-perkara yang tidak patut disentuh. Hukuman yang bakal diberi jika sabit kesalahan ialah bertukar ke luar daerah/ negeri.
Ermmm... tak sedap hati mendengar perkara ini. Tak sedap hati sekiranya saya ada tersasar ketika berblog. Kadangkala... kita tak sangka hal yang kita tulis itu menjadi satu kesalahan. Mungkin niat kita hanya sekadar meluahkan pendapat. Kalau disalah tafsir... bimbang menjadi perkara yang tak sepatutnya.
Saya berharap sangat dalam banyak-banyak entri yang saya tulis selama ini.. tiada yang menyalahi etika. Memang diakui.. kadangkala saya terlalu ghairah untuk meluahkan rasa di hati. Sebagai manusia saya rasa saya mempunyai kebebasan itu tapi saya perlu mengingatkan diri yang hidup diikat dengan peraturan dan undang-undang.
Sekiranya saya terkeluar dari landasan... tegur-tegurlah saya. Manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.