Thursday, May 6, 2010

Belajar Matematik - Darab mudah lagi.. tiga saat jer dah boleh jawab

Belajar matematik hari ini. Lagi tricks yang boleh digunakan dalam mendarab nombor dua digit dengan dua digit. Sungguh mudah! Pasti anda dapat menyelesaikan masalah dalam tempoh 3 saat setelah menguasainya.

Contoh 1:
13 x 12 = ?

Langkah 1:
Tambahkan nombor yang bergaris dan tuliskan jawapannya. Lihat contoh.


Langkah 2:
Darabkan nombor yang dibulatkan dan tulis hasil dibelakang nombor dalam langkah 1.


Maka jawapan 12 x 3 = 156

Mudah bukan? Mari kita cuba dengan contoh yang kedua.

Contoh 2:
13 x 13 = ?

Cuba ikuti langkah 1 dan 2 dalam contoh 1. Berapakah jawapan yang anda perolehi? Kalau jawapan anda bersamaan 169, maka anda sudah mula menguasai cara ini. Mari kita lihat.

Cuba soalan ini untuk menguji kemahiran anda. 

16 x 12 = ?

Ada sedikit tricks di sini. Anda boleh menyatakan jawapan anda di ruangan komen bersama logiknya.

SELAMAT MAJU JAYA