Tajuk tak bertapis. Oppsss.. jangan mensalahtafsirkan tajuk. Tidak menyentuh pihak-pihak yang lain melainkan diri sendiri yang berkeadaan begitu. Teringat masa mula-mula berjinak-jinak dengan blogwalking. Masa tu... kalau nak komen.. komen jer.. tak kira pandangan dan anggapan orang. Bila dikenang semula... rasa macam tak patut jer. Komen tak bertapis you. Suka-suka jer meluahkan rasa di jiwa.
Sekarang pun keadaan tersebut masih berlaku. Bila terlalu ghairah nak beri komen... sampai tersalah taip dan membawa pengertian yang salah. Harap-harapnya si penerima komen faham yang ditulis telah disalah taip. Bukannya membawa maksud yang sebenar. Malu ooo. Tapi idak ler reti nak padam komen tu. Biar je lah..
Tengok komen kat blog Azrul guling-guling ni... tetiba jer terniat nak jenguk semula. Sungguh.. tak niat pun nak taip perkataan tu... nasib baik adat dot dot dot dibelakang.. leh jer lah anggap yang h nyer di situ. Aduihhh.. apalah isza. Lain kali check dulu ejaan tu.. penat jer.. cikgu BM ngajar masa sekolah dulu.
Banyak lagi contoh... hanya penerima komen jer yang tahu... nasib baik deme semua faham. Kalau salah tafsir... aduhaiii. Sila jangan ikut contoh ini.