TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, May 9, 2010

Abah beri mesej suara sedih dari mak

Petang tadi.. kokokan ayam dari telefon bimbit pun berbunyi menandakan satu mesej telah diterima...

Cian mak... dari pagi tadi hingga petang suruh abah tengok mesej kat h/setnya kalo2 ada anak ingat pada ibunya, xde pun yang ingat.

Adusssh... kami memang terlupa abah... oppsss.. kami buat-buat lupa abah... Sebenarnya saya memang nak buat kejutan pada mak dengan membiarkannya tertunggu-tunggu. Tak sangka pula hati ibu sudah mula tersentuh. Saya menelefon adik yang bongsu. Selalunya dia jadi orang pertama wish mak. Kali ni dia tak wish pula. Bertuah punya adik.. dia tak wish  sebab keliru Hari Ibu jatuh bila..

Kami empat beradik berkongsi hadiah... membeli sebuah handbag yang berjenama... saya pun tak merasa pakai beg semahal itu. Demi ibu tercinta... Bukan tak mampu beli hadiah sendiri tapi mengenangkan adik-adik yang masih belajar nak join sekaki... apa salahnya kan...

Hadiah handbag tidak sempat dirakamkan sebagai kenangan kerana telah selamat sampai ke tangan tuannya. Terlihat airmata bergenang di mata mak kerana terharu. Rupa-rupanya hatinya tersentuh kerana pagi tadi adik perempuan saya telefon... ingatkan nak wish dia tapi tanya benda lain.. tak ingat pun nak wish dia katanya. Kena pula bila dia menghadiri kursus persediaan haji... ustazah yang memberi ceramah mengucapkan Selamat Hari Ibu terlebih dahulu.

Menyambut hari ibu adalah tiap-tiap hari bagi kami adik beradik dan mak dapat hadiah bila-bila saja jika kami ingin beri. Kadangkala abah sampai cemburu bila lihat kami seperti melebihkan mak. Saya sangat menghargai mak sampaikan bila bersalin anak sulung saya bukan meminta suami yang berada di sisi tapi saya hanya mahukan mak. Sampai lembik kepala lutut mak bila tengok kesakitan anak sulungnya melahirkan cucu sulungnya.


Hanya gambar kek ini yang dapat dirakamkan. Itu pun sebab saya membawa balik separuh daripadanya sebab mak beri untuk cucu-cucunya. Ketahuilah.. walaupun kadangkala kami seperti tidak tahu melahirkan kasih sayang tapi mak lah insan yang paling saya sayangi. Semoga mak bahagia dengan saya anak mak yang kadangkala banyak memeningkan kepala mak walaupun dah masuk pertengahan usia.