Dah lama teringin tulis tentang ini sebenarnya... tapi masih mencari idea dan kata-kata. Maklumlah.. bukan senang nak memikat hatinyer. Takut2 di reject pula. Tak suka kena reject ni. Beli baju kat reject shop pun jarang sekali.(xde saiz sebenarnyer..huhuhu). Hari ini tergerak hati. Mencuba nasib yang tak pasti. Untung sabut.. timbullah. Untung batu.. tenggelamlah ia. Untung Chekguisza, Encik Ben Ashaari menjelajah di sini. Ehhh.. walau pun menjelajah.. Ben Ashaari bukan penjajah tau...
1. Sudah semestinya ingin mengetahui pandangan Encik BEN tentang blog ini. Blog yang sejak akhir-akhir ini di katakan macam-macam ada. Benarkah seperti yang dikira?
2. Bagaimana pula pandangan Encik BEN tentang entri MATEMATIK di sini. Adakah perlu di asingkan atau biar ajer di sini. Bersesuaian caranya untuk ibu bapa memantau anak-anak mereka?
3. Mana tau jika Encik BEN dapat memberi tips-tips tersendiri. Dapat memajukan blog ini. Atau berkongsi rahsia bersama... supaya dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Ohhh.. begitu besarnya cita-cita... masih sedar kejayaan tidak diperolehi sekelip mata.
4. Bagaimana pula bahasa dan kata-kata. Adakah sesuai usia. Ataupun kadangkala syok sendiri... atau tak bertempat?
5. Ingin tahu bagaimana pula dengan template blog ini? Sesuai atau tidak? Colourful sangatkah blog ini? Atau mungkin tidak sesuai jika ada penerangan tentang matematik.
Jika Encik BEN menjelajah ke blog ini.. pandangan dia amat saya hargai. Berikan yang manis atau yang pahit. Saya terima untuk memperbaiki diri.. dan di dahului dengan ucapan TERIMA KASIH
Akhir kata jangan lupa untuk berkunjung ke blog ENCIK BEN ASHAARI juga.. kerana anda mesti jatuh cinta dengan bebelannya.